Menteri Pelajaran dan Inovasi Negeri Datuk Dr Yusof Yacob berkata untuk itu kerajaan negeri amat berharap agar kerajaan persekutuan dapat menyalurkan peruntukan khusus bagi membaiki baki sekolah-sekolah berkenaan.


Beliau berkata fokus pihaknya kini adalah untuk memastikan sekolah-sekolah daif berkenaan yang kebanyakannya di kawasan luar bandar dapat dibaikpulih segera, dan menurutnya perbincangan sedang dijalankan dengan kerajaan pusat bagi tujuan itu.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Sekolah Menengah (SM) Tshung Tsin di sini, hari ini.


Merujuk kepada lawatannya ke Sekolah Menengah (SM) Tshung Tsin, Yusof berkata beliau amat berpuas hati dengan usaha pihak pentadbir serta pengurusan sekolah yang begitu bersungguh-sungguh memastikan setiap pelajarnya mendapat pendidikan terbaik.


"Saya melihat sekolah ini begitu baik dan tersusun, dan mereka (pentadbir dan pengurusan) berusaha untuk memajukan sekolah ini. Kita sebagai kerajaan mengalu-alukan usaha ini, yang penting ialah mereka (pentadbir dan pengurusan sekolah) memberi kemudahan pendidikan kepada anak-anak," katanya. - BERNAMA