Menurut kenyataan Agensi Pertahanan Awam Malaysia (APM), Sungai Abai dan Tempasuk masing-masing mencatatkan paras bahaya dan amaran iaitu 5.54 meter dan 4.96 meter pada pukul 8.30 pagi ini.

Kawasan yang terjejas ialah Kampung Donggoi, Marajah, Gunding, Sadok-Sadok, Lingkodon, Linau. Lebak Moyoh, Bobot, Ejuk, Menunggui, Song-Song dan Karang Benai.

“Jalan raya di Kampung Linai dan Menunggui tidak boleh dilalui oleh kenderaan rendah manakala laluan di Kampung Bobot hanya dibuka satu lorong sahaja.

“Sementara itu, semua jenis kenderaan masih boleh melalui di Jalan Siasai Tamu, Kampung Kota Belud dan Lebak Engad,” kata APM di sini pagi ini.

Katanya, APM juga telah menghantar pasukan gerakan penyelamat bagi melakukan pemantauan di lokasi berisiko banjir. - Utusan Online