Dalam kejadian 5.30 pagi itu seorang mangsa yang menaiki kereta Proton Waja cedera parah manakala seorang lagi cedera manakala enam yang menaiki van Toyota Hiace cedera dan dua lagi tidak mengalami sebarang kecederaan.


Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.48 pagi sebelum sepasukan anggota Balai Bomba Penyelamat Kota Kinabalu bergegas ke lokasi kejadian.


"Kesemua mangsa diberikan rawatan awal oleh pasukan Perkhidmatan Kecemasan Perubatan dan Menyelamat (EMRS) sebelum dibawa ke Hospital Queen Elizabeth I menggunakan ambulan bagi mendapatkan rawatan lanjut," kata pusat gerakan operasi itu.


Operasi tamat pada jam 6.50 pagi. - BERNAMA