Pengarahnya, Datuk Janathan Kandok berkata, kesemua syarikat atau premis terbabit direkodkan la­yak secara mandatori untuk mendaftar GST mengikut Akta GST 2014.

Menurutnya, operasi terbabit akan bermula pada 17 hingga 22 Januari ini dengan melibatkan 90 pegawai dan anggota dari tiga bahagian iaitu Bahagian GST, Pematuhan serta Penguatkuasaan.

“Sehubungan itu, kita berharap pemilik syarikat yang layak diminta segera mendaftar atau berdepan dengan tindakan mengikut Akta GST 2014,” katanya dalam sidang akhbar di sini semalam.

Tambah Janathan, berdasarkan rekod, sebanyak 21,904 syarikat sudah berdaftar GST sejak cukai baharu itu diperkenalkan pada tahun 2014 dengan membabitkan 11 jenis perniagaan atau industri.

Ujarnya, tiga syarikat telah dikenakan kompaun kerana didapati mengenakan GST terhadap pelanggan tetapi tidak berdaftar sepanjang tahun lalu.

“Manakala tiga lagi syarikat turut dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan sama tahun lalu mengikut Seksyen 9 (Akta GST 2014),” katanya.