Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, projek usahasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan pemaju, Pancaran Nilai Sdn. Bhd. di atas tapak seluas 0.74 hektar itu kini mula diduduki pemiliknya.

“Sebanyak 161 unit daripada 322 kediaman di blok setinggi 21 tingkat itu adalah kediaman Rumawip, manakala selebihnya adalah unit dengan harga bebas.

“Pembangunan Rumawip menawarkan saiz kediaman seluas 850 kaki persegi berharga RM299,900 seunit,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Penyerahan Kunci Projek Rumawip Residensi Rampai, Setapak di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE