Menurutnya, selama ini dia hanya berada di kedudukan peringkat bawah dan ini kali pertama berjaya menduduki podium juara.

“Kemenangan itu amat bermakna sekali. Saya sangat gembira dan bersyukur dan ini merupakan hadiah tahun baharu buat saya dan keluarga,” katanya yang berjaya mendaratkan spesis toman seberat 6.5 kilogram (kg) tepat pukul 11.40 pagi sekali gus berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000.

Menurut Roslan, dia merancang menggunakan wang yang dimenangi untuk membeli keperluan keluarga terutama persiapan persekolahan anak-anak.

Sementara itu, tempat kedua disandang oleh seorang lagi otai, Usop Hudlar yang sememangnya cukup dikenali kalangan kaki pancing sekitar Lembah Kelang menerusi hasil tangkapan ikan patin seberat 4.485kg manakala Fuad muncul pemenang tempat ketiga dengan kejayaan menaikkan ikan patin 3.680kg.

Kira-kira 1,100 kaki pancing menyertai pertandingan anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama rakan strategik 100 Plus dan Igloo yang bermula pada pukul 8.02 pagi dan berakhir pada pukul 12.02 tengah hari itu.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan & Sukan DBKL, Ab. Salim Mansor.