Bagaimanapun, imej di kawasan komersial ini terjejas gara-gara jalan rosak teruk ditemui di beberapa lorong kecil terutama di Jalan PS 9 dan Jalan PS 9/1.

Selain retak, keadaan jalan berlubang sehingga ‘memakan’ hampir separuh jalan raya di situ mengundang bahaya kepada pengguna terutama penunggang motosikal.

Difahamkan, keadaan ini sudah lama berlaku namun sehingga kini belum ada kerja-kerja membaik pulih infrastruktur awam tersebut oleh pihak berwajib.