Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

RM93 bilion pelaburan di Johor 2013-2017

Tee Siew Kiong menyampaikan replika RM100 Bantuan Awal Persekolahan
Tee Siew Kiong menyampaikan replika RM100 Bantuan Awal Persekolahan 2017 sempena Mesyuarat Agung PIBG SK Parit Kudus, Pontian, Johor, semalam.

PONTIAN 19 Mac – Kerajaan nege­ri berjaya menarik pelaburan berjumlah RM93 bi­llion dari 2013 hingga sekarang dengan sektor pembuatan menjadi pilihan utama pelabur.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Tee Siew Kiong berkata, kemasukkan pelabur yang besar memberikan peluang pekerjaan dan perniagaan kepada kira-kira 650,000 orang.

“Peluang perniagaan dalam sektor perkhidmatan dan bekalan juga meningkat dengan ada­nya pelabur yang terlibat dalam bidang minyak dan gas, logam, pakaian, pengeluaran makanan halal dan sebagainya.

“Kedatangan mereka banyak didorong kerana adanya pelbagai kemudahan dan infrastruktur yang lengkap di Johor antaranya lapang terbang, pelabuhan, jaringan perhubungan yang baik serta komunikasi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Kudus, di sini baru-baru ini.

Katanya, pelaburan dalam dan luar negeri bukan sahaja memberikan tumpuan di kawasan industri sedia ada tetapi di setiap daerah.

Menurutnya, kedatangan pelabur turut memberikan kesan terhadap pembangunan sesuatu tempat yang sebelum ini kurang dikenali dengan adanya peluang pekerjaan baharu selain bertambah maju.

Sehubungan itu, beliau berharap, generasi muda mengambil peluang pekerjaan yang disediakan dengan memilih bidang-bidang yang boleh menjanjikan kerjaya pada masa depan.

Terdahulu dalam ucapan, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulai Sebatang meminta ibu bapa memberikan kerjasama kepada PIBG sebagai medium penghubung dengan pihak sekolah untuk bersama-sama memajukan sekolah masing-masing.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain