Ahli Lembaga Pengarah KADA, Datuk Mohd. Rosdi Ab. Aziz berkata, bantuan tersebut membabitkan seramai 276 orang dari kawasan Dewan Undangan Nege­ri (DUN) Pengkalan Kubor dan Wakaf Bharu.

Menurutnya, jumlah peruntukkan tersebut jelas membuktikan kesungguhan Kerajaan Persekutuan untuk menambah pendapatan dalam kalangan petani.

“Rakyat cukup bertuah mempunyai kerajaan yang begitu cakna dengan menyediakan pelbagai bantuan dan kemudahan dalam usaha meningkatkan lagi pendapatan.

“Jadi saya harap penerima dapat memanfaatkan sebaik mungkin bantuan yang diberikan oleh kerajaan untuk meningkatkan pendapatan,” katanya pada majlis penyampaian bantuan Azam Tani di sini hari ini.

Mohd. Rosdi memberitahu, KADA akan memantau prestasi peserta Azam Tani kelolaan agensi itu bagi memastikan mereka mencapai sasaran keluar daripada kelompok miskin tegar.

Katanya, pemantauan itu akan dilakukan oleh pegawai yang telah dilantik bagi memastikan para peserta mencapai sasaran ditetapkan.