Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

RM4.2j gerakkan pintar al-Quran di Terengganu

KUALA TERENGGANU 7 Sept. - Kerajaan negeri memperuntukkan RM4.2 juta setiap tahun bagi menggerakkan Program Pintar al-Quran, suatu pendekatan penghayatan Islam di peringkat usia awal kanak-kanak di 702 kelas Tabika Kemas seluruh negeri.

FARIDAH MAT
FARIDAH MAT

Pengarah Kemas negeri, Dr. Faridah Mat berkata, program pelaburan modal insan yang dirintis oleh negeri itu sejak 2005 sehingga kini berjaya melahirkan kira-kira 22,000 kanak-kanak yang mempunyai asas penguasaan al-Quran.

“Peruntukan itu bagi tujuan pembayaran gaji atau wang sagu hati sebanyak RM500 sebulan kepada guru agama yang dilantik khusus bagi Program Pintar al-Quran yang mengajar selama dua jam sehari termasuk pada waktu cuti persekolahan.

“Dalam Bajet yang lepas, kerajaan negeri sudah bersetuju supaya setiap Tabika Kemas me­laksanakan program Pintar al-Quran dan bersesuaian dengan konsep transformasi Tabika Kemas supaya pusat didikan ini menjadi pilihan utama kepada ibu bapa.

“Ini kerana kita menitikberatkan program penghayatan pendidikan Islam, selain semangat patriotik dan keyakinan diri dalam kalangan anak-anak,” katanya dalam Majlis Penutupan Hari Potensi Kanak-Kanak Ta­bika Kemas Negeri Terengganu 2017 di Stadium Sultan Ismail Nasi­ruddin Shah, di sini ma­lam tadi.

Seramai 476 wakil kanak-kanak tabika itu menyertai program sehari yang berkonsepkan sukan dengan mempertandingkan enam acara iaitu futsal, bola jaring, roun­ders, formula one, gerak kreatif dan sprint hurdles shuttle relay.

Majlis penutup itu disempurnakan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

Yang turut hadir isteri beliau, Toh Puan Seri Halina Zakaria.

Faridah berkata, sehingga kini, sebanyak 878 Tabika Kemas yang melibatkan 20,200 kanak-kanak sedang mengikuti pendidikan prasekolah itu di seluruh negeri dan hanya 176 tabika yang belum melaksanakan program tersebut.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain