Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

RM3j bina bangunan baharu Serikandi

Ahmad Razif Abdul Rahman menyampaikan sumbangan wang tunai kepada
Ahmad Razif Abdul Rahman menyampaikan sumbangan wang tunai kepada insan kurang berkemampuan selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Serikandi kali ke-30 di Kuala Terengganu, kelmarin.

KUALA TERENGGANU 19 Mac – Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Terengganu (Serikandi) bakal memiliki sebuah bangunan baharu dengan kos RM3 juta yang akan dibina di lokasi pejabat sedia ada di Batu Buruk di sini.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, pembinaan bangunan moden itu untuk mengiktiraf peranan dan sumbangan yang dimainkan ahli-ahli selama ini khususnya dalam kerja-kerja amal serta kemasyarakatan.

Di samping itu, katanya, kerajaan negeri bersetuju untuk menye­rahkan pemilikan tanah pejabat di Batu Buruk itu kepada Serikandi.

“Ketika ini Serikandi berope­rasi di kuarters kerajaan jadi tujuan kita menyerahkan hak milik tanah kepada mereka adalah supaya pertubuhan ini dapat membangunkan mercu tanda baharu.

“Pembinaan akan bermula segera selepas mereka membuat permohonan penukaran tanah dan menyiapkan reka bentuk bangunan yang diperlukan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Serikandi kali ke-30 di sini semalam.

Yang hadir sama, isterinya, Toh Puan Seri Halina Zakaria merangkap Yang Dipertua Serikandi; Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Datuk Mohd. Zubir Embong serta kepimpinan tertinggi kerajaan negeri.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain