Peruntukan itu diluluskan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi semasa membuat lawatan ke tanah jerlus di Jalan Selasih Lima, di sini akibat hujan berterusan sejak Jumaat lalu yang hampir menjejaskan dua buah rumah penduduk di kawasan berkenaan.

Yang hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim dan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah.

Pegawai Daerah Kulim Mohamad Che Nai   mengemukakan permohonan peruntukan tersebut semasa memberi taklimat bagi membaikpulih terowong air bawah tanah yang rosak sepanjang dua kilometer yang menelan kos RM1.5 juta.

Sementara RM500,000 lagi diperlukan bagi membuat kajian fizikal berkaitan terowong tersebut yang menghubungkan ke Sungai Keladi, di sini.

Selepas mendengar pemohonan tersebut, Ahmad Zahid terus berkata lulus.

Selepas itu, Ahmad Zahid meluangkan masa kira-kira 10 minit melawat mangsa banjir di pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Selasih, di sini.

Beliau kemudian bergerak ke SK Permatang Tok Dik, di sini untuk melawat pusat pemindahan yang menempatkan 450 mangsa banjir.-UTUSAN ONLINE