Ismail Mohamed

Pengerusi Jawa­tan­­kuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Koperasi dan Keusahawanan ne­geri, Ismail Mohamed berkata, projek perintis tersebut akan dapat menyokong pengeluaran produk berasaskan pertanian, penternakan dan akuakultur.

“Pada peringkat awal, dengan peruntukan sebanyak RM1.25 juta dan keluasan tanah berjumlah 10.5 hektar, para peserta akan dilibatkan dalam projek tanaman maka­nan antaranya seperti sa­­yuran, nanas, kelapa, ja­gung dan belimbing.

“Projek tersebut akan dilaksanakan di atas ta­nah kerajaan negeri dan direzabkan serta di bawah jagaan Pengarah Pertanian negeri,” kata­nya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kota Iskandar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Adham Baba (BN-Pasir Raja) berhubung perancangan kerajaan negeri mewujudkan lebih banyak konsep kebun nukleus.

Ismail berkata, sekiranya projek tersebut mencapai kejayaan dan dalam masa sama kerajaan negeri mempunyai kawasan yang sesuai selain peruntukan tambahan, usaha tersebut akan dikembangkan ke daerah lain.

“Berkaitan dengan keselamatan makanan, tanaman yang akan menjadi keutamaan adalah sa­yuran seperti bayam, bendi, cili, kancang panjang, sawi, terung dan buah buchan selain bidang pente­r­nakan dan perikanan,” ­katanya.