TENGKU PUTRA HARON AMINURRASHID TENGKU HAMID JUMAT

Menurut Datuk Tengku Putra Haron Aminurrashid Tengku Hamid Jumat (BN-Kempas), jika perkara itu benar, maka tindakan berkenaan adalah bertentangan dengan keputusan kerajaan negeri supaya projek berkenaan mencari sumber air sendiri dan tidak menjejaskan kepentingan rakyat.

Beliau berkata, kerajaan ne­geri juga akan terdedah dengan kemungkinan berlaku krisis air kerana projek tersebut memerlukan kira-kira 600 meter padu air setiap hari apabila pemba­ngunan siap sepenuhnya, iaitu menyamai permintaan air bagi seluruh kawasan Johor Bahru dan Pasir Gudang.

“Berdasarkan permintaan se­­­be­­­gitu tinggi yang diperlu­kan, dikhuatiri SAJ bakal me­me­songkan keperluan peng­­­guna domestik terdiri dari­pada rakyat marhaen yang begitu bergantung harap kepada kerajaan negeri.

“Saya khuatir perkara itu bakal mengundang krisis air yang amat serius jika tidak diperhalusi sedalam-dalamnya akibat kesan daripada tindakan membekalkan air tersebut,” katanya semasa membahaskan Bajet Johor 2018 pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kota Iskandar, di sini hari ini.

Pada masa sama, beliau turut menggesa kerajaan negeri mengambil alih syarikat air itu supaya tidak jatuh ke tangan pihak asing.

Tengku Putra Haron Aminurrashid berpendapat, de­ngan simpanan tunai hampir RM4 bilion, kerajaan negeri mampu memperoleh SAJ Ran­hill daripada pemegang saham majoritinya, Ranhill Bhd.

“Bukanlah sesuatu yang mustahil, jika SAJ Ranhill dijual oleh pemegang saham majoritinya kepada para pelabur dari negara jiran. Dalam keadaan sedemikian, kita akan kehilangan kawalan ke atas bukan sahaja industri air, malah harta kebangsaan yang­ melambangkan kedaulatan kita.

“Sekiranya ini berlaku, kita juga boleh ditewaskan oleh negara asing­ itu melalui­ sabo­taj­ ke atas ekonomi ne­geri ini yang boleh menghalang aspirasi kerajaan negeri menjadi kuasa ekonomi di Asia Tenggara,” katanya.