Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Residensi Rampai bertaraf kondominium

RESIDENSI RAMPAI 2
RESIDENSI RAMPAI

KUALA LUMPUR 17 Nov. – Para pembeli Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (Rumawip) beruntung kerana berpeluang menikmati kemudahan bertaraf kondominium di kediaman tersebut dengan harga patut.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, Rumawip yang dikenali Residensi Rampai, Setapak di sini merupakan rumah mampu milik pertama di ibu negara yang siap dibina bulan lalu.

Jelasnya, projek usahasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan pemaju, Pancaran Nilai Sdn. Bhd. di atas tapak seluas 0.74 hektar itu kini mula diduduki pemiliknya.

“Sebanyak 161 unit daripada 322 kediaman di blok setinggi 21 tingkat itu adalah kediaman Rumawip, manakala selebihnya adalah unit dengan harga bebas.

“Pembangunan Rumawip menawarkan saiz kediaman seluas 850 kaki persegi berharga RM299,900 seunit,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Penyerahan Kunci Projek Rumawip Re­sidensi Rampai, Setapak di sini semalam.

Yang turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Adnan Md. Ikshan; Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Ahmad Fauzi Zahari; Datuk Bandar Kuala Lumpur; Datuk Seri Mhd. Amin Nordin Abd. Aziz dan Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa, Tan Sri Zulhasnan Rafique.

Menurut Tengku Adnan, beliau gembira projek tersebut berjaya disiapkan pemaju dalam tempoh tujuh bulan lebih awal sejak pembinaan dimulakan pada April 2014.

“Kita akan pastikan semua projek Rumawip akan siap lebih awal dan pemaju yang dipilih berkemampuan dan berkualiti,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, pembinaan Rumawip kini mencapai 62 peratus meliputi 49,462 unit daripada sasaran keseluruhan seba­nyak 80,000 unit menjelang 2020.

“Masih terdapat sebahagian dalam proses penjualan dan saringan permohonan se­perti Residensi Pandanmas 2, Residensi Kepongmas dan Residensi Puchongmas,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain