Baginda disambut oleh Pengurus Besar Mulu Mariott Resort, Benjamin Wolff bagi menaiki bot tumpang dari jeti hotel tersebut menelusuri sungai untuk menuju ke Gua Angin.
 Antara keunikan Gua Angin ialah angin dapat dirasai di beberapa lokasi di dalam gua itu yang datang dari pelbagai arah. 


Taman Negara Mulu memiliki bentuk geografi yang unik, yang terdiri daripada gua batu kapur, lingkaran air batu yang jernih serta dilitupi oleh hutan dara tropika.


Menurut pemandu pelancong tempatan Steve yang mengiringi baginda, antara yang popular di kalangan pengunjung yang datang dari segenap pelosok dunia ke gua yang terdapat di Taman Negara diiktiraf UNESCO tersebut ialah batu yang menyerupai seperti rupa bentuk ‘Raja dan Permaisuri’, helang berdiri dan bermacam-macam lagi. - UTUSAN ONLINE