Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd. Nazim Mohd. Noor dan ketua pemantau projek berkenaan, Datuk Ir Wan Ab. Ghaffar Wan Ahmad.

Kerja-kerja pembinaan kompleks yang bermula 16 Januari lalu itu dijangka siap pada Julai 2021.

Selain mempunyai prasarana lengkap untuk kemudahan kakitangan, kompleks tersebut juga bakal memberi manfaat kepada rakyat khususnya golongan asnaf.

Ketika bertitah pada majlis perasmian tersebut, Tuanku Syed Faizuddin memberi penekanan mengenai integriti dan kredibiliti yang dituntut dalam organisasi bagi mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI).

"MAIPs sentiasa meletakkan kepuasan serta kepercayaan pelanggan sebagai matlamat setiap aktiviti dan perkhidmatan yang diberikan.

"Modal pembangunan dan prasarana yang selesa juga memainkan peranan penting membantu memastikan setiap perkhidmatan mencapai objektif dan diberikan kepercayaan tinggi oleh pelanggan seterusnya meningkatkan imej organisasi," titah baginda. - UTUSAN ONLINE