Ketuanya, June Artisha Mohamad Nazari berkata, program yang julung kali diadakan itu disertai oleh 80 bayi bersama keluarga mereka dari sekitar daerah ini.

Beliau berkata, berendoi ialah nyanyian yang dialunkan oleh ibu semasa menidurkan bayi mereka dalam buaian atau endoi.

“Selain nyanyian berunsur nasihat, para ibu juga mengalunkan selawat Nabi dengan harapan bayi berkenaan akan membesar menjadi insan yang baik.

“Dengan menganjurkan majlis hari ini, kami berharap dapat menyemarakkan kembali budaya Melayu ini terutamanya dalam kalangan keluarga muda hari ini,” katanya kepada para pemberita selepas majlis perasmian program tersebut.

Perasmian majlis itu telah di-sempurnakan oleh Ketua Puteri UMNO negeri, Zuliana Mohd. Ridzuan.

Yang turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Kuala Pilah, Datuk Ismail Lasim dan timbalannya, Datuk Adnan Abu Hassan.

June Artisha berkata, bayi yang mengambil bahagian dalam program itu masing-masing me­nerima RM50 dalam bentuk akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN).

“Pihak kami menerima sam­butan yang amat menggalakkan untuk program ini termasuk dari luar Kuala Pilah tetapi terpaksa menutup penyertaan memandangkan ruang yang terhad.

“Kami berharap dapat menganjurkan acara ini dalam skala yang lebih besar pada masa akan datang,” katanya.