NOORZAINY MOHD. NOOR
NOORZAINY MOHD. NOOR

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.52 petang itu, mangsa yang berusia 68 tahun sedang mengalihkan tangki itu bersama seorang pekerjanya sebelum ia jatuh lalu menghempap sisi kiri kepalanya.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asiaten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, anak mangsa kemudiannya menghubungi pihak polis dan bomba untuk mendapatkan bantuan.

Menurutnya, mangsa dihantar ke Hospital Kepala Batas (HKB) namun disahkan meninggal dunia ketika sedang dirawat di Unit Kecemasan hospital itu.

“Pemeriksaan mendapati kejadian berlaku di hadapan rumah mangsa dan tangki itu sedang dimasukkan ke dalam kontena sebelum dihantar kepada pelanggan.

“Mangsa cedera terkena paip penyambung tangki itu dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. - UTUSAN ONLINE