Liakat Ali berkata, jika BN berjaya ‘mencuri’ kira-kira 15 peratus undi mereka, maka peluang untuk merampas kembali kerusi yang kali terakhir dimenangi 14 tahun lalu itu dilihat agak cerah.

“Fokus saya sekarang ialah untuk lebih mendekati masyarakat Cina kerana percaya mereka boleh menjadi penentu kepada kejayaan BN pada pilihan raya umum kali ini.

“Walaupun saya merupakan calon baharu, dua lagi calon yang akan bertanding pada pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) ini juga adalah muka baharu.

“Jadi, peluang kami semua sebenarnya sama rata sahaja,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mengulas lanjut mengenai per­kembangan kempennya ketika ini, Liakat Ali berkata, secara ke­seluruhannya beliau amat ber­puas hati dengan maklum balas diterima daripada penduduk Batu Maung ketika ini.

Katanya, sebahagian besar­ pen­duduk terutama yang ber­keturunan Melayu dan India me­nunjukkan sokongan yang baik, malah ada dalam kalangan mereka turut berkempen untuk beliau.

“Bagi saya ini adalah satu pe­tanda positif memandangkan komposisi kaum di kawasan ini agak seimbang, jadi adalah pen­ting untuk saya membawa sejek perpaduan dan keharmonian ka­um di sini ke arah masa depan negara yang lebih baik,” katanya.