Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas berkata, penghijrahan perlu melenyapkan perasaan cinta terhadap dunia dan kebendaan yang telah menyebabkan perpecahan dalam kalangan umat Islam.

“Perpecahan bukan sahaja berlaku pada zaman Nabi Muhammad S.A.W tetapi menjadi musuh utama kita sehingga ke hari ini, jadi aspek rohani dan jasmani sangat penting,” katanya dalam majlis sambutan Maal Hijrah 1439H peringkat negeri di Masjid Negeri sini malam ini.

Pada majlis itu, Abdul Rahman turut menyampaikan anugerah Tokoh Maal Hijrah kepada pengasas dan presiden Al-Khadeem yang juga seorang muallaf, Mohd Hussain Abdullah atau lebih dikenali sebagai Sheikh Hussain Yee, 67.3.

Terdahulu, Abdul Rahman dan isteri, Toh Puan Majimor Shariff menyertai bacaan yassin dan tahlil sebelum bacaan doa akhir tahun dan solat Maghrib serta bacaan doa awal tahun bersama lebih 500 jemaah. - UTUSAN ONLINE