Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, antara yang diambil keterangan hari ini ialah saksi daripada pejabat Kerajaan DAP Pulau Pinang dan syarikat berkaitan projek itu yang dibuat di negeri ini serta Kuala Lumpur.

Sementara itu, ketika ditanya sama ada SPRM akan memanggil Ketua Menteri, Lim Guan Eng atau Exco kerajaan negeri, Azam berkata, tiada keperluan untuk berbuat demikian buat masa ini. - UTUSAN ONLINE