Bukan sahaja tarian tradisional Melayu, India dan Cina tetapi tetamu juga terhibur dengan persembahan tarian tradisional Sabah dan Sarawak yang ditonjolkan.


Selain itu turut mencuri tumpuan adalah persembahan tarian dan sketsa kenegaraan daripada pelajar sekolah rendah dan menengah pada majlis yang dihadiri Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas dan Toh Puan Majimor Shariff.


Majlis itu juga turut dihadiri Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Ir. Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman; Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Law Choo Kiang dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Farizan Darus.


Selain sambutan Hari Malaysia, turut diadakan penyampaian hadiah kepada kontinjen terbaik pada perbarisan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos lalu melibatkan kategori Unit Beruniform dan Kokurikulum Sekolah, Institusi Pengajian Tinggi dan Institut Latihan, Pancaragam Sekolah, Swasta dan Pertubuhan Bukan Kerajaan serta Agensi Awam.-UTUSAN ONLINE