Ketua Pegawai Operasi Tabung Haji, Datuk Adi Azuan Abdul Ghani berkata, mereka merupakan sebahagian daripada 1,941 pe­nerima daripada golongan itu di seluruh negara yang memperoleh manfaat menerusi Program Ihsan Lembaga Tabung Haji.

Beliau berkata, program tersebut pada tahun ini melibatkan peruntukan sebanyak RM970,500 dengan Pulau Pinang membabitkan sebanyak RM95,000.

“Program ini adalah salah satu tanggungjawab sosial korporat Tabung Haji sempena Ramadan yang bertujuan membantu ibu bapa tunggal, warga emas dan golongan kurang upaya (OKU) serta miskin tegar menjalani ibadat puasa dan menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan sempurna,” katanya dalam Program Ihsan Tabung Haji peringkat negeri, di sini semalam.

Menurutnya, program itu me­rupakan platform terbaik kepada Tabung Haji untuk mendekati penerima selain mengeratkan lagi ikatan silaturahim dengan komuniti setempat.

Katanya, kesemua penerima di bawah program itu menerima sumbangan zakat RM500 seorang.

“Kita juga sentiasa komited menggalas tanggungjawab untuk membantu masyarakat Islam setempat khususnya golongan asnaf,” katanya.