Timbalan Pengarah Pendidikan negeri, Mohd. Jamil Mohamed berkata, jumlah calon cemerlang yang mendapat keputusan semua A+ serta kombinasi antara A+, A dan A- di kawasan bandar dan luar bandar juga meningkat kepada 736 orang berbanding 656 orang tahun sebelumnya.


"Seramai 16 pelajar daripada sembilan buah sekolah di negeri ini turut mencatatkan keputusan cemerlang semua A+ dengan gred purata (GP) 0.00 manakala 10 buah sekolah turut dinobatkan sebagai sekolah dengan gred purata sekolah (GPS) terbaik," katanya dalam sidang akhbar di SMKA Al-Irshad, di sini hari ini.


Seramai 20,789 calon mengambil SPM di negeri ini tahun lepas dengan 17, 138 daripadanya atau 82.44 peratus layak mendapat sijil. - UTUSAN ONLINE