Yang Dipertua DUN Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang berkata, sidang DUN itu dijadual berlangsung esok hingga 6 Mei ini dan ia adalah kali ketiga sidang DUN diadakan di luar bangunan DUN iaitu di Dewan Sri Pinang pada 2005 dan Universiti Sains Malaysia pada 1995.

“Antara skop kerja bangunan DUN termasuk membaik pulih dan menggantikan struktur bumbung, menggantikan lapisan penutup bumbung yang rosak dan membaiki dinding yang retak.

“Selain itu kerja-kerja menaik taraf lantai, dinding, siling dan hiasan dalaman dewan persidangan serta kerja-kerja menaik taraf sistem mekanikal dan teknikal turut dilakukan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Choo Kiang kerja-kerja menaik taraf bangunan DUN itu dianugerahkan kepada Syarikat Fajar Eratimur Sdn Bhd melalui tender terbuka bernilai kira-kira RM3.67 juta.

“Tarikh milik tapak adalah pada 13 Mac lalu dan dijangka siap sepenuhnya pada 11 Mac 2020,” katanya. - UTUSAN ONLINE