Jurucakap pasukan penyelamat dan bomba negeri berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 12.17 tengah hari daripada orang awam berhubung kejadian membabitkan dua beradik itu.

Bagaimanapun, menurutnya, seorang mangsa berjaya diselamatkan orang awam dan dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) sebelum pihaknya tiba di lokasi kejadian pukul 12.35 tengah hari.

“Ketika ini anggota bomba dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sedang menjalankan kerja mencari dan menyelamat di lokasi kejadian," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE.