Menteri Pengangkutan Guyana, David Patterson berkata, jet penumpang Fly Jamaica Airways dalam penerbangan ke Toronto mengalami masalah hidraulik sejurus berlepas dan kembali ke lapangan terbang sebelum terhempas dan tergelincir daripada landasan lapangan terbang.

Katanya, penumpang tidak mengalami kecederaan serius dan dikejarkan ke hospital berhampiran lapangan terbang. - AFP