Ketua Pemuda Gerakan negeri, Jason Loo berkata, kali ini pihaknya mahu mengetahui maklumat tanah berkeluasan kira-kira tiga hektar bernilai RM156 juta di Lebuh Raya Peel di sini yang disahkan Ketua Menteri, Lim Guan Eng telah dipajak dalam jangka masa panjang.


“Setiap kali kita hantar borang permohonan, kerajaan negeri akan menolaknya atas pelbagai alasan dan kita beranggapan mereka ada sembunyikan sesuatu daripada pengetahuan rakyat,” katanya selepas menyerahkan borang permohonan berkenaan di Kompleks MBPP di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE