slug - kaji akta chantPulau Pinang 6 Disember 2013 Georgetown
YAN LEE

Penasihat Penang Citizens Awareness Chant Group (Chant), Yan Lee mendakwa, kuari itu yang beroperasi kira-kira 100 meter dari perumahan penduduk tidak mempunyai sebarang papan tanda amaran atau pagar penghadang bagi mengelak pencerobohan.

Menurut beliau, pihaknya sebelum ini sudah beberapa kali membuat aduan kepada Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) supaya operasi kuari itu diperiksa namun seolah-olah tidak mendapat sebarang maklum balas.

“Disebabkan jarak yang terlalu hampir juga, penduduk sering berdepan masalah seperti debu dan letupan batu yang mengundang risiko terhadap keselamatan serta kesihatan mereka.

“Sebab itu, kita menggesa supaya kuari ini ditutup apatah lagi lokasinya juga terlalu hampir dengan tragedi tanah runtuh yang mengorbankan 11 nyawa Oktober lalu,” katanya kepada pemberita di sini baru-baru ini.

Menurut Yan Lee, sebagai langkah keselamatan se­­gera, Kerajaan DAP Pulau Pinang didesak mengarahkan pemaju kuari berkenaan memasang pagar penghadang bagi mengelak pencerobohan terutama dalam kalangan kanak-kanak.

Tambah beliau, pihaknya bimbang berlaku kemalangan sekiranya tapak kuari itu diceroboh ketika kerja-kerja memecah batu sedang berjalan tanpa disedari pemaju.