Pengarah kesihatan negeri, Da­tuk Dr. Wan Mansor Hamzah ber­kata, daripada jumlah itu, sembilan daripadanya melibatkan res­toran manakala selebihnya ada­lah kedai makan yang dikesan gagal mematuhi syarat kebersihan premis yang ditetapkan.

Menurut beliau, secara ke­seluruhannya, seramai 165 pe­ngendali serta pengusaha premis makanan tempatan dan 161 warga asing yang menjalankan perniagaan itu diperiksa dalam operasi berkenaan.

“Sementara itu nilai notis yang dikeluarkan terhadap pengusaha serta pengendali premis makanan itu ialah sebanyak RM35,900 dengan restoran menerima nilai notis tertinggi iaitu sebanyak RM20,800.

“Ini diikuti oleh kilang seba­nyak RM7,800; kedai makan (RM5,900) dan gerai sebanyak RM1,400,” katanya kepada pembe­rita di sini semalam.

Operasi bersepadu anjuran Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Jabatan Kesihatan negeri itu turut disertai beberapa agensi lain termasuk Maj­lis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

Ia melibatkan 267 anggota dan pegawai yang terdiri daripada 211 anggota Jabatan Kesihatan nege­ri dan 56 anggota penguatkuasa daripada MPSP.

Jelas Dr. Wan Mansor, MPSP turut mengeluarkan kompaun kepada beberapa pengendali serta pengusaha premis makanan itu dengan restoran menerima jumlah kompaun tertinggi iaitu sebanyak sembilan kompaun.

Katanya, kedai makan pula menerima lima kompaun, diikuti oleh gerai dengan dua kompaun manakala kilang tidak menerima sebarang kompaun.