Untuk laluan pertama iaitu Butterworth-Gemas, waktu ketibaan tren berkenaan ialah sekitar 7.47 pagi dan pelepasannya kira-kira seminit kemudian manakala bagi laluan Gemas-Butterworth, waktu ketibaan pula sekitar 9.38 malam dan pelepasannya juga seminit selepas itu.

Acara ‘flag-off’ atau pelepasan sempena pelancaran perkhidmatan tren berkenaan disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jawi, H’ng Mooi Lye.

Hadir sama Pengurus Operasi KTM Intercity, Md. Napi Che Hasan dan Pengurus KTMB Wilayah Utara, Rasul Yahaya.

Difahamkan, Stesen KTMB Nibong Tebal yang ketika ini hanya menumpukan operasi melibatkan perkhidmatan komuter pernah menjadi stesen persinggahan ETS sebelum ini, namun, terpaksa dihentikan kerana kurang sambutan. - UTUSAN ONLINE