Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Nelayan selar pembekal pukat

Kerajaan negeri diminta siasat salah guna peruntukan

NELAYAN mengadakan bantahan berhubung kualiti pukat yang dibekalkan
NELAYAN mengadakan bantahan berhubung kualiti pukat yang dibekalkan kepada mereka di Pantai Malindo, Balik Pulau, Pulau Pinang, semalam. Utusan/Noor Ain Hidayah Adenan

BALIK PULAU 21 Feb. - Unit Nelayan Kuala Sungai Burung di sini menyelar tindakan pembekal pukat yang dilantik Kerajaan DAP Pulau Pinang kerana didakwa me­nyalahgunakan peruntukan yang sepatutnya disalurkan kepada nelayan.

Dakwa wakil nelayan, Abdul Malik Man, 60, dana kira-kira RM500,000 diperuntukkan kerajaan negeri seperti tidak digunakan dengan baik kerana pemberian pukat pada 25 Januari lalu tidak berkualiti seperti yang dijanjikan.

Katanya, disebabkan hal itu, mereka perlu membeli pukat sendiri kerana pukat yang diberikan hanya boleh digunakan sekali dan mudah rosak.

Sehubungan itu, dia mendesak Ketua Menteri, Lim Guan Eng menjalankan siasatan terhadap sebuah syarikat swasta yang me­rupakan pembekal pukat berke­naan.

“Kita sudah berbincang de­ngan pembekal tersebut untuk mendapatkan ganti rugi tetapi mereka berkeras dan tidak mahu mengendahkan aduan atas alasan sudah menjalankan urus niaga.

“Semasa Kerajaan Pusat menerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Pulau Pinang Selatan membekalkan pukat, kami tidak menghadapi sebarang masalah kerana pukat itu diperbuat daripada tangsi yang lebih berkualiti,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Bermula hujung tahun lalu, setiap nelayan di sini diberikan pukat tangsi menerusi program agihan pukat anjuran kerajaan negeri, namun nelayan yang tidak menghadirinya hanya menerima jenis benang.

Mengulas lanjut, Abdul Malik berkata, laporan polis te­lah dibuat 13 Februari lalu dan pihaknya memberi masa sebulan untuk kerajaan negeri menjalankan siasatan.

“Sekiranya masalah ini berlanjutan, kita akan merujuk kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana melibatkan hak yang sepatutnya disalurkan kepada nelayan,” tegasnya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain