Ini kerana, menurut mereka, pihak konsultan atau kerajaan ne­geri tidak pernah bertemu dengan komuniti nelayan bagi mende­ngar permasalahan mereka akibat projek berkenaan.

Malah, me­reka turut mempersoalkan cadangan­ transformasi nelayan yang dibuat bebe­rapa persatu­an­ ne­layan un­tuk pertim­ba­ngan kera­jaan ne­ge­ri yang disifatkan tidak men­da­pat in­put atau mak­lum balas daripada komuniti nelayan keseluruhannya.

Seorang nelayan dari Teluk Bahang, Faizal Zabri, 36, berkata, cadangan yang dikemukakan persatuan nelayan kepada kerajaan negeri disifatkan tidak dapat membantu atau membela nasib nelayan secara jangka panjang.

Sebagai contoh, katanya, pemberian bot dengan enjin lebih besar serta pembesaran jeti nelayan di kawasan terlibat hanya akan meningkatkan kos kepada nelayan sedangkan hasil tangkapan terjejas teruk disebabkan projek tambakan tersebut.

“Disebabkan tambakan ini ke­lak, nelayan terpaksa pergi lebih jauh ke laut untuk menangkap ikan sedangkan sebahagian besar mereka sudah berusia.

“Sebab itu, walau apa pun alasan yang diberikan kerajaan negeri atau pihak konsultan, komuniti nelayan di negeri ini tetap membantah cadangan projek tambak laut di selatan perairan negeri ini,” katanya.

Dia ditemui pemberita selepas menyertai lebih 30 nelayan dan ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Sahabat Alam Malaysia (SAM) dan Persatuan Pendidikan dan Kebajikan Jaringan Nelayan Pantai Malaysia (Jaring) mengadakan bantahan aman di Teluk Bahang di sini hari ini.

Bantahan aman itu bagi men­desak kerajaan negeri memba­talkan cadangan projek tambak laut bagi membentuk tiga buah pulau buatan di perairan selatan negeri ini yang membabitkan keluasan lebih 1,700 hektar.

Projek tambakan laut itu dirancang bagi mendapatkan modal untuk menampung Pelan Induk Pengangkutan (PIP) Pulau Pinang dengan kos keseluruhan melebihi RM40 bilion.

Sementara itu, seorang lagi nelayan, Zabry Yusof, 64, turut melahirkan rasa kesal kerana pihak berkuasa khususnya kerajaan negeri seolah-olah menutup mata terhadap kebajikan dan masa depan nelayan di negeri ini.

Katanya, projek tambakan laut di kawasan perairan selatan itu secara jelas akan menjejaskan mata pencarian lebih 6,000 nelayan bukan hanya di Pulau Pinang, malah di negeri-negeri utara lain yang menjadikan kawasan laut tersebut sebagai sumber rezeki.

“Kawasan yang mahu ditambak ini adalah lubuk hasil laut kerana terdapat pelbagai jenis ikan, udang dan ketam malang­nya sumber rezeki kami ini akan musnah jika projek ini diteruskan,” katanya.

Apa yang dikesalkan juga, dakwanya, sehingga kini semua nelayan terlibat tidak pasti ber­kenaan pampasan atau hala tuju mereka selepas ini kerana masih belum mendapat penjelasan se­­­penuhnya daripada kerajaan negeri.