Naib Pengerusi Ge­­rakan negeri, Oh Tong Keong berkata, pemantauan pihak­nya mendapati hanya kira-kira 100 tempat letak kereta disediakan di kawa­san itu sekali gus memberikan masalah kepada pengunjung.

Menurut beliau, pihaknya turut menerima aduan daripada orang ramai di kawasan itu yang sukar mendapat tempat letak kereta dan masalah berkenaan bertambah meruncing pada hari minggu apabila jumlah pengunjung ke pasar tani meningkat.

“Tempat letak kereta sedia ada dikenakan caj, sepatutnya hasil kutipan itu boleh digunakan kerajaan negeri menerusi MBPP untuk menambah baik kemu­dahan di sini demi ke­pentingan dan keselesaan pengguna.

“MBPP hanya sediakan 100 petak parkir tetapi jumlah gerai di sini hampir 300, itu belum dikira dengan pengunjung. Kalau setiap penjaja bawa satu kereta, pengunjung hendak letak kereta di mana?” soalnya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam masa sama, Tong Keong berkata, MBPP perlu menitikbe­ratkan pelbagai kemudahan di tempat awam di bawah pemantauan mereka supaya jabatan kerajaan negeri tidak dilihat mengabaikan tanggungjawab kepada rakyat.

Dalam pada itu, beliau turut menggesa MBPP menyediakan kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan sekitar kompleks tersebut bagi meningkatkan tahap keselamatan peniaga dan pengunjung termasuk mengelakkan kejadian jenayah.

“CCTV di sekitar kawasan ini dipasang sendiri peniaga dan tidak mendapat pengawasan pe­nguat kuasa. Jika ada pemantauan rapi, aktiviti jenayah diya­kini boleh dibanteras dengan lebih cekap,” katanya.