Ketua Polis Daerah SPU, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, operasi berkenaan dilakukan di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth bermula pada pukul 11 malam semalam dan berakhir kira-kira pukul 9 pagi tadi.

Katanya, antara yang ditahan termasuk empat pelajar sekolah menengah dan kesemua mereka direman selama empat hari.

"Operasi ini dilaksanakan hasil risikan yang dilakukan polis SPU, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IKPK) negeri dan Bukit Aman yang mana kita mendapati mereka yang ditahan melakukan aksi yang berbahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain," katanya di sini hari ini.

Beliau memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan polis akan meneruskan operasi seumpama itu bagi mengekang aktiviti lumba haram. - UTUSAN ONLINE