Malah salah seorang anak kepada pasangan Azizan Ahmad, 37, dan Noorazliza Azizan, 33, itu tidak mendaftar di tahun satu yang sepatutnya bermula dua minggu lalu.


Masalah itu mendapat perhatian Ketua Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal Mohd. Norhiesam Ismail yang turun padang meninjau kehidupan mereka bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat Seberang Perai Selatan (SPS), Pejabat Pendidikan Daerah SPS dan Zakat Pulau Pinang.


Menurut Mohd. Norhiesam, selain lima beradik itu, pasangan itu juga memiliki dua lagi anak berusia tiga dan dua tahun.


“Kami hadir bagi mencari jalan penyelesaian untuk membantu lima beradik ini kembali ke sekolah dan berharap mereka dapat meneruskan pelajaran seperti orang lain.


“Semua agensi yang hadir juga memiliki solusi bagaimana untuk membantu mereka dan berharap mereka dapat mula bersekolah selewat-lewatnya minggu hadapan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE