Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Kayuhan santai Permatang Pauh tarik 800 peserta

Khairy Jamaluddin melepaskan peserta Program Kayuhan Santai di
Khairy Jamaluddin melepaskan peserta Program Kayuhan Santai di Permatang Pauh, Pulau Pinang, Ahad lalu.

BUKIT MERTAJAM 9 Mei – Program Kayuhan Santai anjuran UMNO Bahagian Permatang Pauh kelmarin berjaya menarik pe­nyertaaan seramai 800 peserta termasuk dari luar negara.

Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Said berkata, acara berkenaan yang meliputi laluan sejauh 100 kilometer (km) turut menarik minat pasukan lumba basikal profesional negara iaitu Terengganu Cycling Team (TSG) selain kehadiran jaguh lumba basikal lebuh raya negara, Anuar Manan.

Katanya, antara negara yang turut menghantar penyertaan termasuk Singapura, Indonesia dan Korea Selatan yang mendaftar secara dalam talian.

“Pada masa hadapan, kita bercadang untuk menganjurkan program ini secara besar-besaran termasuk memperkenalkan laluan baharu yang lebih mencabar,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas perasmian acara berkenaan yang disempurnakan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin di Pusat Ko­mersial Permatang Pauh di sini.

Dalam pada itu, Mohd. Zaidi melahirkan rasa kecewa berikutan poster promosi acara berkenaan yang dinaikkan di beberapa laluan utama sekitar kawasan tersebut diturunkan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

Katanya, pihak berkuasa tempatan sepatutnya lebih bertolak ansur kerana program berkenaan mempromosikan aktiviti berbasikal dan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.

“Mereka memberi alasan terdapat penggunaan bahasa Inggeris pada poster berkenaan iaitu Sunday dan May yang didakwa tidak mengikut garis panduan dan telah mengarahkan supaya 12 poster diturunkan,” katanya.

Mohd. Zaidi berkata, sekiranya MPSP mahu menguatkuasakan undang-undang, tindakan berkenaan perlu dilakukan tanpa memilih bulu.

“Ini kerana berdasarkan pemantauan, terdapat banyak poster lain yang digantung tidak menggunakan bahasa Melayu tetapi tidak diambil tindakan,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Terkini
Video Pilihan
Artikel Lain