Bagaimanapun, Penga­rah­nya, Ahmad Redza Ghulam Rasool berkata, kejadian yang dilaporkan itu tidak serius serta tidak melibatkan struktur rumah atau bangunan.

Sehubungan itu, ujar beliau, pihaknya akan men­jalan­­kan pemeriksaan berterusan di ce­run bukit yang menunjukkan tanda-tanda kegagalan cerun seperti pokok condong, sistem perparitan tidak berfungsi dan wujud retakan.

“Usaha ini juga sebagai persediaan menghadapi Tau­fan Doksuri yang dijangka menyebabkan berlaku tabu­ran hujan luar biasa sekali gus meningkatkan risiko berla­kunya tanah runtuh,” katanya.

Beliau ditemui pemberita ketika meninjau lokasi tanah runtuh di Pangsapuri Kayangan Puri Mutiara di Medan Fettes di sini hari ini.

Dalam kejadian hujan lebat 15 September lalu, sebanyak enam buah kenderaan musnah ditimbus tanah runtuh dan dihempap pokok tumbang berdekatan pangsapuri ber­­ke­­naan, namun tiada ke­ma­langan jiwa berlaku.

Sementara itu, Ahmad Red­za berkata, pihaknya akan melakukan kerja-kerja pem­bersihan segera di lokasi yang berlakunya tanah runtuh.

Malah, ujar beliau, seki­ra­­nya kejadian tanah runtuh itu menghalang lalu lintas, kerja pembersihan akan dise­lesaikan dalam tempoh dua jam selari dengan prosedur operasi standard (SOP) JKR iaitu memastikan keselamatan penduduk dan pengguna jalan raya terpelihara.

“Langkah lain adalah mem­bersihkan cerun dan memastikan sistem perparitan berfungsi dengan baik supaya air larian hujan tidak akan turun ke cerun.

“Cerun yang runtuh juga akan ditutup dengan plastik untuk menahan aliran air hujan sebelum langkah-langkah di­ambil bagi mengelak cerun itu daripada hakisan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau me­nasihati penduduk yang tinggal berhampiran lereng bukit su­paya sentiasa berwaspada dan segera melaporkan kepada JKR atau pihak berkuasa lain se­ki­­ranya mendapati terdapat tan­da-tanda akan berlakunya tanah runtuh atau pokok tum­bang.