JKM SPT dalam satu kenya­taan di sini hari ini memaklumkan, bayi pertama dilahirkan di Hospital Seberang Jaya (HSJ) di sini pada 2 April lalu, dipercayai ibunya adalah warga Indonesia dikenali sebagai Manisa.

Menurutnya, bayi itu ba­gaimanapun ditinggalkan di wad kanak-kanak selepas enam hari dilahirkan dan satu laporan polis telah dibuat bagi mengesan ibunya yang melarikan diri.

Sementara itu, katanya, bayi kedua ditemukan di hadapan sebuah rumah di Kampung Mengkuang pada 24 April lalu dan dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk rawatan lanjut.

“Sehingga kini tiada waris yang datang menuntut bayi itu yang dijaga di pejabat JKM SPT.

“Ibu bapa atau waris ke­dua-dua bayi itu diminta meng­hubungi Pegawai Pelindung Kanak-kanak JKM SPT, Anis Ahmad di talian 04-5382584 bagi urusan jagaan,” kata kenyataan itu.