Itu situasi yang perlu dihadapi pengguna jalan raya di negeri ini yang bukan sahaja terpaksa meredah keadaan jalan yang rosak itu dalam keadaan tidak selesa, malah turut membahayakan nyawa mereka.

Setiausaha Pemuda Gerakan negeri, Teo Yin Horng berkata, tinjauan pihaknya mendapati se­kurang-kurangnya 11 jalan di sekitar Georgetown di sini berada dalam keadaan tidak memuaskan.

Kesemua jalan itu, ujar beliau, merupakan jalan yang terletak di bawah selenggaraan Kerajaan DAP Pulau Pinang sekali gus menunjukkan kelemahan dalam aspek pemantauan dan pengurusan jalan oleh kerajaan negeri.

Ujar beliau, perkara itu sa­ngat bertentangan dengan kenya­ta­an Ketua Menteri, Lim Guan Eng sebelum ini yang mendedahkan kononnya banyak jalan rosak di negeri ini merupakan jalan Persekutuan yang terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Pusat.

“Daripada 11 batang jalan ne­geri ini yang berada dalam kea­ daan tidak memuaskan, ada yang terletak di Air Itam dan Air Putih yang merupakan jalan negeri.

“Tetapi malangnya, bahagi­an yang kurang memuaskan ini tidak dinyatakan oleh Guan Eng semasa sidang akhbarnya baru-baru ini sebaliknya memilih untuk melaporkan bahagian Jalan Air Itam yang baik kepada rak­yat,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau ditemui selepas me–ngambil inisiatif bersama Ketua Biro Publisiti Gerakan negeri, Ooi Zhi Yi menampal semula jalan berkenaan yang rosak di sekitar Jalan Air Itam di sini hari ini.

Yin Horng berkata, Kerajaan DAP Pulau Pinang perlu segera memperbaiki jalan negeri yang rosak itu bagi mengelak menjadi bahan ketawa rakyat selepas mendakwa kesemua jalan rosak, berlubang-lubang dan tidak rata adalah jalan Persekutuan.

Dalam masa sama, beliau mengingatkan Kerajaan DAP Pu­lau Pinang supaya lebih bertanggungjawab dan tidak sewenang-wenangnya menuding ja­ri kepada pihak lain dalam isu membabitkan pembelaan rakyat.

Katanya, meskipun terdapat jalan Persekutuan rosak, Kerajaan DAP Pulau Pinang sepatutnya menggunakan saluran betul bagi membawa aduan rak­yat itu supaya masalah tersebut dapat di­selesaikan.

“Daripada memilih mendakwa kononnya jalan rosak itu adalah jalan Persekutuan, lebih baik Kerajaan DAP Pulau Pinang membantu menyelesaikannya secara bekerjasama dengan agensi kerajaan terbabit.

“Tindakan menyalahkan Ke­rajaan Persekutuan menerusi sidang akhbar menyebabkan penduduk negeri ini keliru dan tertanya-tanya apa sebenarnya peranan kerajaan negeri dan kepada siapa selepas ini mereka mahu mengadu jika berdepan masalah,” katanya.