Jurucakap agensi itu berkata, ketika ini, usaha menyelamat itu sedang berjalan bagi membawa turun mangsa terdiri daripada 18 dewasa, 10 warga emas dan lima kanak-kanak berusia antara dua hingga lapan tahun.

“Seramai 21 anggota penyelamat sudah berjaya tiba di lokasi mangsa di puncak Bukit Bendera selepas mula mendaki kira-kira pukul 8 pagi tadi.

“Bagaimanapun disebabkan laluan turun dari puncak berbahaya kerana masih terdapat tanah runtuh, operasi menyelamat itu terpaksa dilakukan menerusi bantuan udara,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE