Dalam kenyataan ringkasnya menerusi laman sosial Facebook hari ini, Guan Eng menulis: “Terima kasih negeri Kelantan atas segala sumbangan dan kelulusan sejumlah RM50,000 sebagai bantuan segera ke Pulau Pinang.”

Semalam, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakon mengumumkan bantuan segera itu selain memaklumkan akan menghantar sukarelawan untuk membantu mangsa-mangsa yang terjejas teruk akibat bencana banjir besar di negeri ini. – UTUSAN ONLINE