Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Gangguan bekalan air di Butterworth, SPU

Mohamad ZAMAL HAFIZ ZARZELAH (kanan) dalam majlis pelancaran Badang
Mohamad ZAMAL HAFIZ ZARZELAH (kanan) dalam majlis pelancaran Badang Challenge DLabu Kubong di Kuala Kangsar, Perak, baru-baru ini. UTUSAN/HASHIM P. MAMAT

PULAU PINANG 13 Sept. – Beberapa kawsasan di Butterworth dan Seberang Perai Utara (SPU) dekat sini akan mengalami gangguan bekalan air selama 12 jam bermula pukul 10 malam, 17 September sehingga 10 pagi, 18 September ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Datuk Jaseni Maidinsa berkata, gangguan itu berikutan kerja-kerja pemasangan injap pengurangan tekanan (PRV) di saluran paip di Jalan Pekan Darat, SPU.

Menurutnya, gangguan tersebut melibatkan kira-kira 46,000 pengguna yang tidak akan mendapat bekalan air manakala 52,000 orang lagi akan mengalami tekanan air rendah.

“Pada tahun-tahun kebelakangan ini, PBAPP telah mengepam air terawat dengan tekanan yang lebih tinggi dari Loji Rawatan Air Sungai Dua di SPU, melalui dua paip utama 1,350 milimeter (mm) untuk memenuhi permintaan air yang semakin meningkat di Seberang Perai dan bahagian pulau,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan semua pengguna terjejas supaya menyimpan air yang mencukupi untuk digunakan dari pukul 10 malam pada Ahad hingga 10 pagi Isnin ini berikutan gangguan bekalan tersebut.

Kawasan yang 
tidak menerima 
bekalan air

SPU

> Jalan Gelung Bubu

> Kampung Tok Bidan

> Jalan Permatang Tok Gelam

> Kampung Haji Murshid

> Kampung Gelang Bubu

> Kampung Paya Permatang Tok Gelam

> Permatang Benuan

Butterworth:

> Taman Perkasa

> Kampung Paya Terbakar

> Taman Selayang Utama

> Taman Selayang Permai

> Taman Selayang Oren

> Tanah Lot Kampung Benggali

> Sungai Lokan

> Permatang Che Tak

> Jalan Permatang Tok Jaya

> Taman Mahsuri

Kawasan yang 
akan mempunyai 
tekanan air rendah


SPU

> Pasir Gebu

> Permatang Gawa, Jalan Kuala Muda

> Taman Kuala Muda

> Bakau Tua

> Pulau Mertajam

> Permatang Keriang

> Kota Aur

> Permatang Bendahari

> Jalan Rantau Panjan

> Kampung Padang Tembusu

> Jalan Bawah Penaga

> Kampung Lembah Penaga

> Ptg Janggus

> Jalan Lahar Minyak

Butterworth:

> Jalan Sheikh Madar

> Teluk Air Tawar

> Taman Sejahtera

> Jalan Tengku Putra

> Jalan Bagan Belat

> Jalan Padang Benggali

> Taman Air Tawar Indah

> Taman KGN Teluk Air Tawar

> Jalan Teluk Air Tawar

> Titi Mukim Teluk Air Tawar

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain