NIK ROS AZHAN NIK AB. HAMID
NIK ROS AZHAN NIK AB. HAMID

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, walaupun bedah siasat yang mengambil masa selama lima jam selesai semalam, polis kini menunggu ujian kesan gigitan pada lengan mangsa untuk melengkapkan kertas siasatan.

Bagaimanapun katanya, ujian berkenaan hanya akan dilakukan esok kerana pakar gigi cuti pada hari ini dan semalam.

“Pada masa sama, siasatan kes ini sedang berjalan termasuk kemungkinan menahan datuk dan ibu saudara mangsa yang tinggal di rumah itu selain mengenal pasti punca kejadian,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam kejadian di Kampung Tok Panjang malam kelmarin, mangsa dikatakan lemah dan enggan meminum susu sebelum dikejarkan ke sebuah klinik berhampiran oleh pasangan suami isteri berusia 22 dan 26 tahun sebelum disahkan meninggal dunia ketika dibawa ke hospital.

Semalam pasangan suami isteri itu direman selama seminggu bagi membantu siasatan kes berkenaan. - UTUSAN ONLINE