Pengerusi MPFC, Muhsin Latheef berkata, isu membabitkan penjaja Melayu di negeri ini sudah berlarutan sejak sekian lama dan gagal diselesaikan oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang.

Katanya, penjaja Melayu terutama golongan belia sangat berminat untuk menjalankan perniagaan namun mereka tidak diberi sokongan serta sukar mendapatkan lesen.

“Sering berlaku orang Melayu yang berniaga tanpa lesen akan diambil tindakan drastik termasuk barangan mereka dirampas seperti yang terjadi kepada seorang rakan kami di Persiaran Gurney baru-baru ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE