Ketika ditahan kira-kira pukul 12.30 tengah hari tadi, bot itu dikemudi seorang tekong berusia 44 tahun bersama-sama tiga awak-awak warga Thailand berusia antara 47 hingga 51 tahun.

Menurut Pengarah Maritim negeri, Kapten Maritim Hamizan Harun, hasil pemeriksaan mendapati bot itu melakukan kesalahan di bawah Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen iaitu menangkap ikan kurang 12 batu nautika dari pantai terdekat.

“Bot berkenaan bersama dua pukat tunda gulung, ikan campur dan ikan baja masing-masing dianggarkan seberat 500 kikogram (kg) dirampas dan dibawa ke Jeti Pangkalan Pasukan Polis Marin, Batu Uban di sini untuk siasatan serta tindakan lanjut.

BOT nelayan yang dikemudi empat warga Thailand ditahan di barat daya Pulau Kendi, Pulau Pinang tenga

BOT nelayan yang dikemudi empat warga Thailand ditahan di barat daya Pulau Kendi, Pulau Pinang tengah hari tadi selepas melanggar syarat lesen dengan menangkap ikan berhampiran pantai. - UTUSAN ONLINE

“Kita memandang serius pencerobohan perairan bagi aktiviti menangkap ikan kerana mampu menjejaskan ekosistem sedia ada,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan komuniti maritim tempatan bekerjasama dengan pihak Maritim Malaysia dalam menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti menyalahi undang-undang di laut.

Katanya, kesalahan itu terutama pencerobohan kawasan zon penangkapan ikan oleh bot pukat tunda yang sering menjadi rintihan nelayan pantai.

NELAYAN
 

“Orang awam juga boleh melaporkan sebarang kejadian kecemasan atau kemalangan di laut di talian kecemasan 24 jam iaitu MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Pulau Pinang di talian 04-2626146,” katanya. - UTUSAN ONLINE