Dalam kejadian kira -kira pukul 11 malam itu, wanita berkenaan yang bertugas di Putrajaya singgah bersembahyang di masjid berkenaan selepas menghadiri kenduri di rumah saudaranya di Pokok Sena dekat sini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Abdul Hamid berkata, ketika solat mangsa meletakkan beg berkenaan di hadapan sejadah dan menyedari barangannya hilang setelah selesai sembahyang.

Katanya, pemeriksaan melalui kamera litar tertutup (CCTV) masjid berkenaan mendapati seorang lelaki menunggu di tepi pintu masjid dan ketika mangsa sedang solat, suspek melulu masuk dan mengambil beg berkenaan .

“Antara barangan yang hilang termasuk wang tunai RM850, telefon bimbit, kad pengenalan, lesen memandu serta kad ATM," katanya di sini hari ini.

“Sehubungan itu, polis kini sedang mengesan lelaki berkenaan yang berbadan kurus dan memakai topi keledar ketika melakukan jenayah berkenaan," katanya.

Beliau memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan. – UTUSAN ONLINE