Menurut jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), daerah Seberang Perai Tengah (SPT) masih belum pulih sepenuhnya apabila 56 mangsa daripada 19 keluarga masih berada di dua pusat pemindahan.

Ujarnya, jumlah itu membabitkan 31 orang di Dewan Orang Ramai Kampung Permatang Pasir dan 25 orang di dewan Kampung Guar Jering.

“Sementara itu, seramai 12 mangsa daripada empat keluarga berada di dewan Kampung Lubok Meriam, Daerah Seberang Perai Utara (SPU),” katanya. - UTUSAN ONLINE