Mangsa terdiri daripada 93 lelaki dewasa, 115 (wanita), 140 kanak-kanak lelaki dan perempuan, warga emas lelaki (16), warga emas perempuan (31), tiga bayi perempuan dan seorang orang kurang upaya (OKU).

Kesemua mangsa masih belum dibenarkan pulang ke rumah masing-masing selepas kediaman mereka ditenggelami air akibat kejadian banjir kira-kira pukul 7.30 pagi.

Hujan lebat berterusan dari pukul 3 pagi telah menyebabkan hampir 20 kawasan termasuk di daerah Seberang Perai ditenggelami air selain turut dilaporkan kejadian tanah runtuh dan pokok tumbang di beberapa tempat. - UTUSAN ONLINE